Rabu, 22 April 2015
Khamis, 22 Januari 2015
'DOWNTOWN GEGAR-VAGANZA' Pencarian Otai Paling Berbisa
2015!
SYARAT PENYERTAAN :
.Warganegara lelaki & perempuan berumur 35thn ke atas
shj.
Tidak merakamkn album / terikat dgn mana2 kontrak syarikat
rakaman.
.Penyertaan secara Solo / Individu sahaja
.Tarikh akhir penyertaan pada 8th FEB 2015.
.Showcase event / saringan bermula 23th JAn sehingga 8th
FEB 2015 bertempat di pentas utama DOWNTOWN MARA KUANTAN. Event bermula jam
9.30mlm - 12.00pm
HADIAH & SAGUHATI :
1st Prize - RM 1000 +trofi+hamper
2nd Prize - RM 500 +trofi+hamper
3rd Prize - RM 300 +trofi+hamper
JAN 2015.
Saringan week 1 : 23-24-25 ( fri-sun )
Saringan week 2 : 29-30-31 ( fri-sun )
FEB 2015.
Saringan week 3 : 6/2-7/2-8/2(fri-sun)
Semi / Final : 13/2 & 14/2 (fri-sat)
Time : 9.30-12.00pm
Venue : Downtown Mara Ktn
Selasa, 20 Januari 2015
BAHAGIAN PEMBANGUNAN
USAHAWAN MARA
Objektif
Membangunkan usahawan
Global yang berdaya maju, berdaya tahan dan berdaya saing selaras dengan matlamat
Program Keusahawanan MARA.
Strategi
1. Melaksanakan latihan
keusahawanan ke arah melahirkan usahawan Global.
2. Membangunkan
teknousahawan dalam bidang-bidang berteknologi tinggi melalui kerjasama rakan
strategik.
3. Menyediakan kemudahan
khidmat nasihat perniagaan bagi mengukuh dan meningkatkan keupayaan usahawan
dan perniagaan serta memenuhi keperluan Piawaian Global.
4. Menyediakan program
pemasaran bersepadu bagi menembusi pasaran global.
5. Mewujudkan jaringan
strategik bagi Pembangunan Keusahawanan Holistik.
Cetak Baju
Seller Says
Assalamualaikum dan salam
sejahtera dari ADABRAND cetak baju..
Masih mencari-cari tempat
cetak baju harga berpatutan???
Nak pergi kedai siang hari
tapi kerja atau kelas???
Tak ada masa nak pergi
kedai cetak baju???
Don’t worry be happy. Kami
di ADABRAND cetak baju menawarkan harga-harga yang menarik untuk tempahan baju.
Tak ada design? Kami akan membantu anda untuk membuat design. Kunjungi gerai
kami di downtown mara kuantan (berhadapan KIPSAS Kuantan) nombor gerai H40 yang
beroperasi dari pukul 7 malam - 3 pagi atau kami akan ke tempat anda (
door2door service) untuk memudahkan anda berurusan dengan kami ( kawasan
Kuantan sahaja).Kami menerima tempahan dari seluruh Malaysia dan segala jenis
event seperti:
- tshirt rewang
- tshirt kelas
- tshirt persatuan
- tshirt hari keluarga
- tshirt kelab
- tshirt couple
- Jersi pasukan
- Mug
- beg kain
- Atau nyatakan hasrat anda
kepada kami.
Sebarang pertanyaan :
ADABRAND cetak baju –
0193656536 ( call,sms,wassup )
[Tempatan]
MARA buka bazar larut malam aka Downtown MARA [Copy link]
Bazar larut
malam atau downtown sudah menjadi jenama yang dikenali dalam kalangan orang
ramai yang pastinya tidak akan melepaskan peluang mengunjunginya di mana sahaja
lokasi itu dibuka.Mengambil
konsep pusat perniagaan industri kecil dan sederhana dan juga pasar malam,
kewujudan bazar larut malam ini sering mendapat sambutan menggalakkan terutama
mereka yang minat membeli-belah di waktu malam.Menyedari
sambutan menggalakan daripada kewujudan downtown, Majlis Amanah Rakyat (Mara)
Kuantan mengambil inisiatif untuk turut mewujudkan sebuah bazar larut malam
yang dikenali sebagai Downtown Mara Kuantan.Terletak di
Kilometer 10 Jalan Gambang-Kuantan berhampiran Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad
Shah (KIPSAS) di sini, bazar berkenaan sama seperti downtown lain yang
menyediakan gerai yang menjual barangan seperti pakaian, beg, kasut, pelbagai
aksesori untuk lelaki, wanita, kenderaan serta telefon bimbit.
Selain itu,
di Downtown Mara itu terdapat juga perkhidmatan lain yang disediakan antaranya
medan selera, taman permainan untuk kanak-kanak, tandas serta turut menyediakan
kemudahan WiFi percuma.Pengerusi
Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Shahiruddin Ab.
Moin berkata, Mara akan menjadi badan induk untuk membuka sekurang-kurangnya
sebuah downtown di setiap daerah di negeri ini bagi menyuburkan budaya
keusahawanan dalam kalangan belia.Beliau
berkata, bazar larut malam menawarkan konsep perniagaan yang murah dan mudah
untuk disertai selain digemari golongan muda.“Saya akan
memohon kepada Mara negeri supaya meneliti kawasan berpotensi di setiap daerah
untuk dijadikan tapak dan berbincang dengan pejabat tanah bagi memastikan usaha
ini menjadi kenyataan.“Bazar-bazar
ini akan mempunyai kemudahan surau, tandas dan tempat meletak kenderaan yang
mencukupi bagi menarik minat pengunjung.“Buat
permulaan, kami menyasarkan penyertaan seramai 50 peniaga bagi setiap bazar di
semua daerah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Downtown
Mara Kuantan di sini baru-baru ini.Yang turut
hadir Pengarah Mara negeri, Salemi Yusoff.Mengulas
lanjut Shahiruddin berkata, bazar tersebut merupakan bazar larut malam anjuran
Mara yang pertama di negeri ini.Setakat ini
katanya, sambutan yang diterima begitu menggalakkan dan semua 100 kedai yang
ditempatkan di downtown berkenaan telah penuh.“Kita akan
melihat sama ada untuk menambah lagi bilangan kedai di sini kerana
permintaannya begitu menggalakkan dan saya harap Mara dapat melihat perkara
ini.“Tambahan
kedai ini penting untuk kita menambah lagi jumlah peniaga terutama dalam
kalangan generasi muda,” katanya.Beliau dalam
pada itu berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan lain
seperti Pejabat Pelancongan negeri supaya bazar larut malam itu dapat
dipromosikan menjadi kawasan tarikan pelancong.
“Kerjasama
mereka juga diperlukan untuk membawa masuk barangan kraf tangan dan peralatan
kesenian untuk ditawarkan kepada pengunjung,” katanya.Sementara
itu, Salemi berkata, setiap usahawan di Downtown Mara mestilah menjual produk
dan perkhidmatan mengikut alternatif tersendiri serta mempunyai produk dan
perkhidmatan berlainan dari usahawan-usahawan lain.Menurutnya,
kelayakan untuk berniaga di Downtown Mara adalah terbuka kepada usahawan
bumiputera yang berusia 18 tahun ke atas.“Setiap
perniagaan wajib didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mesti
dibuka setiap hari. Mereka juga perlu menjaga disiplin dan etika ketika menjalankan
perniagaan,” katanya.
Beliau
berkata, usahawan dilarang menjual produk mentah dan basah seperti ikan, sayur
serta barangan larangan mengikut undang-undang negara ini.Katanya,
waktu cuti tidak ditentukan dan bergantung kepada permintaan usahawan dan
mereka perlu menghantar notis permohonan untuk bercuti kepada pihak pengurusan
tapak kecuali jika berlaku kecemasan.“Wang
penalti RM10 satu malam akan dikenakan jika usahawan tidak menjalankan
perniagaan tanpa sebab yang munasabah atau tidak memberi notis secara bertulis
terlebih dahulu kepada pihak pengurusan.“Jika tiga
hari berturut-turut peniaga tidak menjalankan perniagaan, pihak pengurusan
berhak menarik balik tapak perniagaan,” katanya.Menurutnya
lagi, peniaga di Downtown Mara diwajibkan menjaga kebersihan tapak yang mana
mereka tidak dibenarkan meninggalkan sampah dan jika dikesan tindakan akan
diambil oleh pihak pengurusan.Seorang
peniaga yang ditemui, Norliana Ali, 29, berkata, pembukaan Dowtown Mara begitu
baik dalam membantu para usahawan sepertinya untuk berniaga.
Isnin, 19 Januari 2015
BAITI HOMESTAY
Down Town Mara Kuantan Night Bazaar
Down Town Mara Kuantan Night Bazaar , merupakan pusat keriangan membeli belah bersama keluarga di larut malam hingga 3 pagi telah dirasmikan pada 27 Jun 2014 baru ini oleh YB Dato' Shahirudin bin Ab. Moin, Exco Pembangunan Usahawan Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Pahang.
Tempat ini yang mesti dilawati jika anda datang ke Kuantan or Gambang kerana pelabagai gerai dan aktiviti diadakan tamabahan kedudukan lokasi ini mudah ditemui iaitu berada di Batu 5 Jalan Gambang yang berhampiran dengan simpang ke Pekan Bandar DiRaja Pahang , hanya 6 minit driving (jika perjalanan tanpa sekatan seperti jem) dari Baiti Homestay ke lokasi ini.
Waktu operasi Down Town ini adalah dari jam 7.00 malam hingga 3 pagi setiap hari
Tempat ini yang mesti dilawati jika anda datang ke Kuantan or Gambang kerana pelabagai gerai dan aktiviti diadakan tamabahan kedudukan lokasi ini mudah ditemui iaitu berada di Batu 5 Jalan Gambang yang berhampiran dengan simpang ke Pekan Bandar DiRaja Pahang , hanya 6 minit driving (jika perjalanan tanpa sekatan seperti jem) dari Baiti Homestay ke lokasi ini.
Waktu operasi Down Town ini adalah dari jam 7.00 malam hingga 3 pagi setiap hari
Mara jadi penggerak
Bazar larut malam atau downtown sudah menjadi jenama yang dikenali dalam kalangan orang ramai yang pastinya tidak akan melepaskan peluang mengunjunginya di mana sahaja lokasi itu dibuka.
ORANG ramai melihat pakaian yang terdapat di Downtown Mara Kuantan, baru-baru ini. – UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN
KEDAI makanan juga turut disediakan bagi kemudahan pengunjung menjamu selera di Downtown Mara Kuantan.
TEMPAT permainan kanak-kanak turut disediakan supaya mereka tidak jemu berada di Downtown Mara Kuantan.
SHAHIRUDDIN AB. MOIN (tiga dari kiri) melawat kedai yang disediakan selepas merasmikan Tapak Perniagaan Downtown Mara Kuantan baru-baru ini.
PENIAGA menjual pelbagai jenis produk bagi memberi pilihan kepada pengunjung.
Mengambil konsep pusat perniagaan industri kecil dan sederhana dan juga pasar malam, kewujudan bazar larut malam ini sering mendapat sambutan menggalakkan terutama mereka yang minat membeli-belah di waktu malam.
Menyedari sambutan menggalakan daripada kewujudan downtown, Majlis Amanah Rakyat (Mara) Kuantan mengambil inisiatif untuk turut mewujudkan sebuah bazar larut malam yang dikenali sebagai Downtown Mara Kuantan.
Terletak di Kilometer 10 Jalan Gambang-Kuantan berhampiran Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) di sini, bazar berkenaan sama seperti downtown lain yang menyediakan gerai yang menjual barangan seperti pakaian, beg, kasut, pelbagai aksesori untuk lelaki, wanita, kenderaan serta telefon bimbit.
Selain itu, di Downtown Mara itu terdapat juga perkhidmatan lain yang disediakan antaranya medan selera, taman permainan untuk kanak-kanak, tandas serta turut menyediakan kemudahan WiFi percuma.
Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, Mara akan menjadi badan induk untuk membuka sekurang-kurangnya sebuah downtown di setiap daerah di negeri ini bagi menyuburkan budaya keusahawanan dalam kalangan belia.
Beliau berkata, bazar larut malam menawarkan konsep perniagaan yang murah dan mudah untuk disertai selain digemari golongan muda.
“Saya akan memohon kepada Mara negeri supaya meneliti kawasan berpotensi di setiap daerah untuk dijadikan tapak dan berbincang dengan pejabat tanah bagi memastikan usaha ini menjadi kenyataan.
“Bazar-bazar ini akan mempunyai kemudahan surau, tandas dan tempat meletak kenderaan yang mencukupi bagi menarik minat pengunjung.
“Buat permulaan, kami menyasarkan penyertaan seramai 50 peniaga bagi setiap bazar di semua daerah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Downtown Mara Kuantan di sini baru-baru ini.
Yang turut hadir Pengarah Mara negeri, Salemi Yusoff.
Mengulas lanjut Shahiruddin berkata, bazar tersebut merupakan bazar larut malam anjuran Mara yang pertama di negeri ini.
Setakat ini katanya, sambutan yang diterima begitu menggalakkan dan semua 100 kedai yang ditempatkan di downtown berkenaan telah penuh.
“Kita akan melihat sama ada untuk menambah lagi bilangan kedai di sini kerana permintaannya begitu menggalakkan dan saya harap Mara dapat melihat perkara ini.
“Tambahan kedai ini penting untuk kita menambah lagi jumlah peniaga terutama dalam kalangan generasi muda,” katanya.
Beliau dalam pada itu berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan lain seperti Pejabat Pelancongan negeri supaya bazar larut malam itu dapat dipromosikan menjadi kawasan tarikan pelancong.
“Kerjasama mereka juga diperlukan untuk membawa masuk barangan kraf tangan dan peralatan kesenian untuk ditawarkan kepada pengunjung,” katanya.
Sementara itu, Salemi berkata, setiap usahawan di Downtown Mara mestilah menjual produk dan perkhidmatan mengikut alternatif tersendiri serta mempunyai produk dan perkhidmatan berlainan dari usahawan-usahawan lain.
Menurutnya, kelayakan untuk berniaga di Downtown Mara adalah terbuka kepada usahawan bumiputera yang berusia 18 tahun ke atas.
“Setiap perniagaan wajib didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mesti dibuka setiap hari. Mereka juga perlu menjaga disiplin dan etika ketika menjalankan perniagaan,” katanya.
Beliau berkata, usahawan dilarang menjual produk mentah dan basah seperti ikan, sayur serta barangan larangan mengikut undang-undang negara ini.
Katanya, waktu cuti tidak ditentukan dan bergantung kepada permintaan usahawan dan mereka perlu menghantar notis permohonan untuk bercuti kepada pihak pengurusan tapak kecuali jika berlaku kecemasan.
“Wang penalti RM10 satu malam akan dikenakan jika usahawan tidak menjalankan perniagaan tanpa sebab yang munasabah atau tidak memberi notis secara bertulis terlebih dahulu kepada pihak pengurusan.
“Jika tiga hari berturut-turut peniaga tidak menjalankan perniagaan, pihak pengurusan berhak menarik balik tapak perniagaan,” katanya.
Menurutnya lagi, peniaga di Downtown Mara diwajibkan menjaga kebersihan tapak yang mana mereka tidak dibenarkan meninggalkan sampah dan jika dikesan tindakan akan diambil oleh pihak pengurusan.
Seorang peniaga yang ditemui, Norliana Ali, 29, berkata, pembukaan Dowtown Mara begitu baik dalam membantu para usahawan sepertinya untuk berniaga.
“Sebelum ini saya hanya berniaga di rumah secara kecil-kecilan, apabila mendapat tahu daripada rakan mengenai Downtown Mara ini saya terus membuat permohonan untuk berniaga di sini,” katanya.
Menurutnya, pembukaan bazar larut malam atau downtown di negeri ini perlu diperbanyakkan lagi dalam usaha memberi peluang kepada golongan belia untuk menceburi bidang keusahawanan.
Seorang pengunjung, Mohd. Hafizan Azmi, 28, pula berkata, Downtown Mara yang dibuka bertentangan KIPSAS itu perlu dipromosikan bagi menarik kehadiran orang ramai ke situ.
“Ini kerana downtown tersebut kurang diketahui oleh orang ramai mengenai pembukaannya, saya yakin dengan promosi yang lebih hebat lebih ramai pengunjung akan datang ke sini,” katanya.
Langgan:
Catatan (Atom)