[Tempatan]
MARA buka bazar larut malam aka Downtown MARA [Copy link]
Bazar larut
malam atau downtown sudah menjadi jenama yang dikenali dalam kalangan orang
ramai yang pastinya tidak akan melepaskan peluang mengunjunginya di mana sahaja
lokasi itu dibuka.Mengambil
konsep pusat perniagaan industri kecil dan sederhana dan juga pasar malam,
kewujudan bazar larut malam ini sering mendapat sambutan menggalakkan terutama
mereka yang minat membeli-belah di waktu malam.Menyedari
sambutan menggalakan daripada kewujudan downtown, Majlis Amanah Rakyat (Mara)
Kuantan mengambil inisiatif untuk turut mewujudkan sebuah bazar larut malam
yang dikenali sebagai Downtown Mara Kuantan.Terletak di
Kilometer 10 Jalan Gambang-Kuantan berhampiran Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad
Shah (KIPSAS) di sini, bazar berkenaan sama seperti downtown lain yang
menyediakan gerai yang menjual barangan seperti pakaian, beg, kasut, pelbagai
aksesori untuk lelaki, wanita, kenderaan serta telefon bimbit.
Selain itu,
di Downtown Mara itu terdapat juga perkhidmatan lain yang disediakan antaranya
medan selera, taman permainan untuk kanak-kanak, tandas serta turut menyediakan
kemudahan WiFi percuma.Pengerusi
Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Shahiruddin Ab.
Moin berkata, Mara akan menjadi badan induk untuk membuka sekurang-kurangnya
sebuah downtown di setiap daerah di negeri ini bagi menyuburkan budaya
keusahawanan dalam kalangan belia.Beliau
berkata, bazar larut malam menawarkan konsep perniagaan yang murah dan mudah
untuk disertai selain digemari golongan muda.“Saya akan
memohon kepada Mara negeri supaya meneliti kawasan berpotensi di setiap daerah
untuk dijadikan tapak dan berbincang dengan pejabat tanah bagi memastikan usaha
ini menjadi kenyataan.“Bazar-bazar
ini akan mempunyai kemudahan surau, tandas dan tempat meletak kenderaan yang
mencukupi bagi menarik minat pengunjung.“Buat
permulaan, kami menyasarkan penyertaan seramai 50 peniaga bagi setiap bazar di
semua daerah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Downtown
Mara Kuantan di sini baru-baru ini.Yang turut
hadir Pengarah Mara negeri, Salemi Yusoff.Mengulas
lanjut Shahiruddin berkata, bazar tersebut merupakan bazar larut malam anjuran
Mara yang pertama di negeri ini.Setakat ini
katanya, sambutan yang diterima begitu menggalakkan dan semua 100 kedai yang
ditempatkan di downtown berkenaan telah penuh.“Kita akan
melihat sama ada untuk menambah lagi bilangan kedai di sini kerana
permintaannya begitu menggalakkan dan saya harap Mara dapat melihat perkara
ini.“Tambahan
kedai ini penting untuk kita menambah lagi jumlah peniaga terutama dalam
kalangan generasi muda,” katanya.Beliau dalam
pada itu berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan lain
seperti Pejabat Pelancongan negeri supaya bazar larut malam itu dapat
dipromosikan menjadi kawasan tarikan pelancong.
“Kerjasama
mereka juga diperlukan untuk membawa masuk barangan kraf tangan dan peralatan
kesenian untuk ditawarkan kepada pengunjung,” katanya.Sementara
itu, Salemi berkata, setiap usahawan di Downtown Mara mestilah menjual produk
dan perkhidmatan mengikut alternatif tersendiri serta mempunyai produk dan
perkhidmatan berlainan dari usahawan-usahawan lain.Menurutnya,
kelayakan untuk berniaga di Downtown Mara adalah terbuka kepada usahawan
bumiputera yang berusia 18 tahun ke atas.“Setiap
perniagaan wajib didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mesti
dibuka setiap hari. Mereka juga perlu menjaga disiplin dan etika ketika menjalankan
perniagaan,” katanya.
Beliau
berkata, usahawan dilarang menjual produk mentah dan basah seperti ikan, sayur
serta barangan larangan mengikut undang-undang negara ini.Katanya,
waktu cuti tidak ditentukan dan bergantung kepada permintaan usahawan dan
mereka perlu menghantar notis permohonan untuk bercuti kepada pihak pengurusan
tapak kecuali jika berlaku kecemasan.“Wang
penalti RM10 satu malam akan dikenakan jika usahawan tidak menjalankan
perniagaan tanpa sebab yang munasabah atau tidak memberi notis secara bertulis
terlebih dahulu kepada pihak pengurusan.“Jika tiga
hari berturut-turut peniaga tidak menjalankan perniagaan, pihak pengurusan
berhak menarik balik tapak perniagaan,” katanya.Menurutnya
lagi, peniaga di Downtown Mara diwajibkan menjaga kebersihan tapak yang mana
mereka tidak dibenarkan meninggalkan sampah dan jika dikesan tindakan akan
diambil oleh pihak pengurusan.Seorang
peniaga yang ditemui, Norliana Ali, 29, berkata, pembukaan Dowtown Mara begitu
baik dalam membantu para usahawan sepertinya untuk berniaga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan